Wednesday, August 5, 2009

Renew Road Tax Online (MyEG) -Kelebihan dan Kekurangannya

Apa khabar? Hari ni saya rasa bersemangat dan tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadhan nanti.Sebelum ini saya telah mengumumkan cara untuk membuat covernote takaful kereta sendiri secara online. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman penggunaan road tax juga secara online iaitu melalui MyEG. Awalnya saya merasa begitu tidak yakin dengan perkhidmatan road tax online ini, tetapi selepas di kaji, melihat testimoni pengurusan koperasi dan mencubanya sendiri dan ternyata ia berhasil dengan baik.

Secara amnya, saya dapat membuat sedikit kesimpulan kebaikan dan kekurangan jika kita menggunakan road tax online ni. Kekurangan yang ada telah ditemui cara penyelesaiannya dan boleh di atasi dengan mudah!

Kebaikan Road tax online

-Tidak perlu ke bank / pejabat pos untuk pembaharuan road tax.
-Tidak perlu beratur panjang berjam-jam di pejabat pos.
-Tidak perlu keluarkan minyak untuk menguruskan road tax
-Tidak perlu mengambil ‘half day’ kerja untuk menguruskan road tax
-Tidak perlu risau jika geran hilang. Anda tetap boleh dapat road tax dan kereta anda boleh digunakan seperti biasa!
-Tidak perlu risau jika anda susah untuk berkomunikasi dengan pihak bank jika anda berada di “out station” dalam membuat road tax.
-Hanya duduk didepan PC, klik, dan selepas 2 hari anda akan dapat road tax anda.
-Mudah dan cepat. Rebat juga boleh diposkan bersama selepas 4 hari.

Kekurangannya:

-Tiada cetakan pembayaran dimuka geran sebagai bukti pembayaran.

Kesannya: Jika kereta kita terlibat dengan kemalangan dan kita ingin gunakan takaful untuk membayar kos kerosakan kenderaan, antara dokumen yang diminta adalah salinan geran depan dan belakang.Pihak syarikat takaful mahukan bukti pembayaran road tax agar kos kerosakan boleh ditanggung.

Cara atasi: Anda boleh ke pejabat urusan MyEG di Petaling Jaya untuk mencetak pembayaran di geran anda. Salinannya boleh diberikan kepada pihak syarikat takaful untuk diproses.

Jika kita simpulkan, terdapat 8 kebaikan dan hanya satu sahaja kekurangan yang ada jika kita membuat road tax secara online. Saya sebagai pengguna berpendapat MyEG ini sangat sesuai digunakan jika berdepan dengan situasi berikut:

Kecemasan hendak menggunakan kereta tetapi road tax dan insuransnya akan luput (expired) dalam tempoh terdekat manakala masa tersangat suntuk untuk menguruskannya.
-Geran ’misplaced’ atau hilang
-Geran bermasalah
-Pemilik geran terbawa geran ke luar negara / out station
-Masalah-masalah lain yang melambatkan proses untuk pembaharuan road tax.

Pandangan peribadi:
Jika geran dalam keadaan yang baik iaitu di tangan sendiri atau di pihak bank, saya lebih gemar melakukan secara “manual”. Tetapi jika berdepan dengan masalah-masalah diatas sekurang-kurangnya saya ada alternatif untuk mengatasi masalah pembaharuan road tax dan kereta boleh digunakan!

Rasionalnya kenapa saya lebih suka secara manual (jika geran tidak bermasalah) adalah kerana sekiranya berlaku kemalangan, saya tidak perlu bersusah payah untuk ke Petaling Jaya untuk mendapatkan pencetakan pembayaran. Pada masa yang sama, jika geran di bank, jika berlaku kemalangan, saya tidak perlu ke bank cawangan meminta geran asli dan ke Petaling Jaya untuk pencetakan. ( 2 kerja tambahan jika berlaku kemalangan). Tetapi MyeEG ini adalah sangat berbaloi jika geran kita bermasalah.

Sila lawati web myEG untuk maklumat lanjut. http://www.myeg.com.my/

Cukup dahulu setakat ini. Jumpa lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...