Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Hari ini saya mempunyai satu berita gembira buat semua pelanggan-pelangan cyber saya juga sesiapa sahaja yang melawat ke weblog saya. Selamat datang juga kepada pembaca-pembaca setia.
Saya ingin mengumumkan, sejak 3 bulan yang lalu etiqatakafulfamily.blogspot.com telah membuka untuk pendaftaran baru mahupun pembaharuan kereta (comprehensive sahaja) kepada sesiapa yang berminat untuk melakukannya sendiri dirumah, dipejabat atau dimana sahaja, dimana sahaja selagi mempunyai akses internet.
Sila ke kanan weblog : Express Link dan click ke MotorTakaful Anda boleh cuba sendiri di rumah untuk mengira sebutharga tanpa meneruskan ke langkah akhir iaitu pembayaran. Jika Anda telah bersedia untuk memperbaharui insurans kereta anda, sila ikut langkah satu sehingga langkah tujuh.
A) Sistem Online E-motor adalah untuk:
1) Kenderaan Persendirian (Private Passenger Vehicle)
2) Perlindungan Komprehensif
B) Jenis Pembayaran Online yang ditawarkan adalah:
1) Kad Kredit (VISA atau MASTERCARD)
2) Perbankan Internet FPX
3) Maybank2u.com
4) PosPay
C) Tidak perlu menghantar Dokumen yang diperlukan untuk maklumat Nota Lindung Elektronik sepertimana diperlukan dipejabat pos atau jpj.
1) Salinan Polisi Perlindungan Motor oleh institusi Insuran/Takaful sebelumnya ATAU
2) Salinan Nota Lindung Motor oleh institusi Insuran/Takaful sebelumnya ATAU
3) Salinan Pendaftaran Kenderaan (Geran Kenderaan)ATAU
4) Untuk Kenderaan Baru yang belum didaftarkan, salinan butiran kenderaan
D) Tiada limit Waktu Operasi Sistem Online E-motor: ( 24/7)
Waktu operasi adalah tertakluk kepada waktu operasi Sistem Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu 7:30 pagi hingga 4:30 petang sekiranya dilakukan di kaunter JPJ atau Pejabat POS.
Atau anda boleh klik pada gambar dibawah untuk memperbaharui takaful kenderaan anda. Selamat mencuba!