Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca weblog eTiQA Takaful Berhad. Pada hari ini, saya terfikir untuk menulis serba sedikit mengenai 'Takaful'.
Salah satu soalan yang sering dikemukakan oleh pembaca budiman samada orang Islam dibenarkan mengambil pelan insurans konvensional atau sebaliknya?Persoalan ini timbul kerana ramai yang keliru di antara insurans dan takaful.
Persoalan ini sememangnya satu topik panas dan telah menyebabkan banyak perdebatan berlaku di kalangan wakil insurans & takaful, dan di kalangan masyarakat sendiri. Malahan ada sesetengah wakil Takaful yang begitu beriya-iya menyatakan kononnya insurans & takaful itu berbeza, tetapi sebaliknya ejen dari insurans pula menafikannya.
Bagi menjawab persoalan di atas , anda bukan sahaja perlu mendalami dan mengkaji ilmu insurans itu sendiri, malah anda sendiri sepatutnya perlu mengkaji asal-usul takaful dan memahami konsep takaful itu sendiri tanpa membuat perbandingan dgn mana-mana syarikat insurans mahupun di kalangan syarikat takaful itu sendiri. Apa yang ketara saya lihat di sini adalah pendekatan yang digunakan oleh syarikat masing-masing di samping pelan mereka yang sudah tentunya berbeza.
Ada sesetengah pihak yang mendakwa, ramai di kalangan wakil takaful (part time) yang hanya terikut-ikut kata dari ejen-ejen lain, sedangkan mereka tidak mempunyai ilmu yang mendalam dalam bidang ini. Dakwaan ini walaupun ada benarnya, tetapi seharusnya tidak patut ditujukan kepada umum. Ianya hanya relevan kepada segelintir individu.
Saya secara 'personal', merasakan bahawa produk yang ditawarkan oleh kedua-dua syarikat insurans dan takaful adalah sama(hanya sedikit persamaan jika ada). Sememangnya kedua-dua syarikat ini dipantau oleh Bank Negara Malaysia, apatah lagi kami di eTiQa bernaung di bawah jenama yang sama.Tetapi, itu tidak bermakna marketing plan kami adalah sama. Di eTiQa sendiri, terdapat 2 syarikat yang dikenali dengan eTiQa Insurans & eTiQa Takaful. Bagi yang mengikuti perkembangan kami, tentunya anda tahu membezakan antara keduanya di mana syarikat eTiQa Insurans dahulunya dikenali sebagai MNI, manakala eTiQa Takaful dikenali sebagai Takaful Nasional Berhad.
Saya tidak akan mengulas lebih lanjut mengenai syarikat insurans kerana pasti ada yang akan mempertikaikan 'ilmu' saya dalam bidang berkenaan. Jadi , saya memilih untuk berkongsi kepada anda semua akan Definisi & Konsep Takaful supaya anda dapat membezakan akan kedua-duanya.
Definisi Takaful
Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan "Takaful" ialah 'kafala' yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana "Takaful" merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala', maka ianya juga bererti ' saling menjamin, menjaga atau memelihara'.
Menurut Akta Takaful 1984, "Takaful" ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.
Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini, syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalselia oleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of Takaful Operator.
Konsep Asas Takaful
Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.
1. Al-Qasamah
Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur ulama', apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.
2. Aqilah
Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.
3. Tabarru'
Tabarru' bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.
Di dalam industri Takaful, At-Tabarru' yang diperkenalkan ialah Tabarru' (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru' demi memastikan tabung Tabarru' yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.
Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
4. Al-Wakalah
Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.
Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga sesuatu perkara.
Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.
Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta , tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.
5. Mudharabah
Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian keuntungan.
Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.
Sunday, August 9, 2009
Wednesday, August 5, 2009
Renew Road Tax Online (MyEG) -Kelebihan dan Kekurangannya
Apa khabar? Hari ni saya rasa bersemangat dan tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadhan nanti.Sebelum ini saya telah mengumumkan cara untuk membuat covernote takaful kereta sendiri secara online. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman penggunaan road tax juga secara online iaitu melalui MyEG. Awalnya saya merasa begitu tidak yakin dengan perkhidmatan road tax online ini, tetapi selepas di kaji, melihat testimoni pengurusan koperasi dan mencubanya sendiri dan ternyata ia berhasil dengan baik.
Secara amnya, saya dapat membuat sedikit kesimpulan kebaikan dan kekurangan jika kita menggunakan road tax online ni. Kekurangan yang ada telah ditemui cara penyelesaiannya dan boleh di atasi dengan mudah!
Kebaikan Road tax online
-Tidak perlu ke bank / pejabat pos untuk pembaharuan road tax.
-Tidak perlu beratur panjang berjam-jam di pejabat pos.
-Tidak perlu keluarkan minyak untuk menguruskan road tax
-Tidak perlu mengambil ‘half day’ kerja untuk menguruskan road tax
-Tidak perlu risau jika geran hilang. Anda tetap boleh dapat road tax dan kereta anda boleh digunakan seperti biasa!
-Tidak perlu risau jika anda susah untuk berkomunikasi dengan pihak bank jika anda berada di “out station” dalam membuat road tax.
-Hanya duduk didepan PC, klik, dan selepas 2 hari anda akan dapat road tax anda.
-Mudah dan cepat. Rebat juga boleh diposkan bersama selepas 4 hari.
Kekurangannya:
-Tiada cetakan pembayaran dimuka geran sebagai bukti pembayaran.
Kesannya: Jika kereta kita terlibat dengan kemalangan dan kita ingin gunakan takaful untuk membayar kos kerosakan kenderaan, antara dokumen yang diminta adalah salinan geran depan dan belakang.Pihak syarikat takaful mahukan bukti pembayaran road tax agar kos kerosakan boleh ditanggung.
Cara atasi: Anda boleh ke pejabat urusan MyEG di Petaling Jaya untuk mencetak pembayaran di geran anda. Salinannya boleh diberikan kepada pihak syarikat takaful untuk diproses.
Jika kita simpulkan, terdapat 8 kebaikan dan hanya satu sahaja kekurangan yang ada jika kita membuat road tax secara online. Saya sebagai pengguna berpendapat MyEG ini sangat sesuai digunakan jika berdepan dengan situasi berikut:
Kecemasan hendak menggunakan kereta tetapi road tax dan insuransnya akan luput (expired) dalam tempoh terdekat manakala masa tersangat suntuk untuk menguruskannya.
-Geran ’misplaced’ atau hilang
-Geran bermasalah
-Pemilik geran terbawa geran ke luar negara / out station
-Masalah-masalah lain yang melambatkan proses untuk pembaharuan road tax.
Pandangan peribadi:
Jika geran dalam keadaan yang baik iaitu di tangan sendiri atau di pihak bank, saya lebih gemar melakukan secara “manual”. Tetapi jika berdepan dengan masalah-masalah diatas sekurang-kurangnya saya ada alternatif untuk mengatasi masalah pembaharuan road tax dan kereta boleh digunakan!
Rasionalnya kenapa saya lebih suka secara manual (jika geran tidak bermasalah) adalah kerana sekiranya berlaku kemalangan, saya tidak perlu bersusah payah untuk ke Petaling Jaya untuk mendapatkan pencetakan pembayaran. Pada masa yang sama, jika geran di bank, jika berlaku kemalangan, saya tidak perlu ke bank cawangan meminta geran asli dan ke Petaling Jaya untuk pencetakan. ( 2 kerja tambahan jika berlaku kemalangan). Tetapi MyeEG ini adalah sangat berbaloi jika geran kita bermasalah.
Sila lawati web myEG untuk maklumat lanjut. http://www.myeg.com.my/
Cukup dahulu setakat ini. Jumpa lagi.

Menu
MotorTakaful
Pembaharuan Takaful Kenderaan; Kini Dilancarkan....
Assalamualaikum semua,
Apa khabar? Hari ini saya mempunyai satu berita gembira buat semua pelanggan-pelangan cyber saya juga sesiapa sahaja yang melawat ke weblog saya. Selamat datang juga kepada pembaca-pembaca setia.
Saya ingin mengumumkan, sejak 3 bulan yang lalu etiqatakafulfamily.blogspot.com telah membuka untuk pendaftaran baru mahupun pembaharuan kereta (comprehensive sahaja) kepada sesiapa yang berminat untuk melakukannya sendiri dirumah, dipejabat atau dimana sahaja, dimana sahaja selagi mempunyai akses internet.
Sila ke kanan weblog : Express Link dan click ke MotorTakaful Anda boleh cuba sendiri di rumah untuk mengira sebutharga tanpa meneruskan ke langkah akhir iaitu pembayaran. Jika Anda telah bersedia untuk memperbaharui insurans kereta anda, sila ikut langkah satu sehingga langkah tujuh.
A) Sistem Online E-motor adalah untuk:
1) Kenderaan Persendirian (Private Passenger Vehicle)
2) Perlindungan Komprehensif
B) Jenis Pembayaran Online yang ditawarkan adalah:
1) Kad Kredit (VISA atau MASTERCARD)
2) Perbankan Internet FPX
3) Maybank2u.com
4) PosPay
C) Tidak perlu menghantar Dokumen yang diperlukan untuk maklumat Nota Lindung Elektronik sepertimana diperlukan dipejabat pos atau jpj.
1) Salinan Polisi Perlindungan Motor oleh institusi Insuran/Takaful sebelumnya ATAU
2) Salinan Nota Lindung Motor oleh institusi Insuran/Takaful sebelumnya ATAU
3) Salinan Pendaftaran Kenderaan (Geran Kenderaan)ATAU
4) Untuk Kenderaan Baru yang belum didaftarkan, salinan butiran kenderaan
D) Tiada limit Waktu Operasi Sistem Online E-motor: ( 24/7)
Waktu operasi adalah tertakluk kepada waktu operasi Sistem Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu 7:30 pagi hingga 4:30 petang sekiranya dilakukan di kaunter JPJ atau Pejabat POS.
Atau anda boleh klik pada gambar dibawah untuk memperbaharui takaful kenderaan anda. Selamat mencuba!

Contoh Quotation Plan eTiQa Takaful
1. Pelan eTiQa Takaful MESRA
Berikut adalah contoh manfaat bagi bagi tempoh 25 tahun Umur: 28 Tahun, Jantina: LELAKI Sumbangan Bulanan: RM150 sebulan
Bawah ni penerangan pelan:
Manfaat khairat kematian hilang upaya kekal = RM 91,182.00
Jumlah simpanan selepas 25 tahun = RM 54,004.00
(Berdasarkan kadar mudharabah 5.5% setahun. Kadar ini akan meningkat berubah setiap tahun.)
Manfaat idemniti (kerugian) akibat kemalangan = RM 15, 000.00 depend kepada kecederaan.
Manfaat penyakit kritikal = RM15,000.00 cover 36 penyakit kritikal diberikan setelah ada pengesahan doktor.
Manfaat hospital = RM100.00. Sekiranya masuk hospital, peserta boleh claim sehari RM100. kalo masuk 3 hari dapat RM300.
2. Pelan eTiQa Takaful SARJANA
Manakala bagi pelan pendidikan ini berkonsep 2 dalam 1
skim perlindungan dan menjamin simpanan pendidikan untuk anak.
Sumbangan : RM140 . Sumbangan Bulanan : RM140 sebulan x 20 tahun
Manfaat untuk anak:
Manfaat khairat kematian hilang upaya kekal = RM 91, 586.00
Jumlah simpanan selepas 20 tahun = RM 46, 462.00
Bentuk simpanan boleh dikeluarkan awal 3 thn sebelum tarikh matang
RM 33,000.00
Jika anda ingin menyumbang berjumlah RM100
Sumbangan Bulanan RM100 sebulan X 20 tahun
Manfaat untuk anak:
khairat kematian hilang upaya kekal = RM 91, 079.00
Jumlah simpanan selepas 20 tahun = RM 27, 885 boleh dikeluarkan awal 3 thn sebelum tarikh matang = RM 20,000.00
Selain tu, sumbangan adalah fleksible jika peserta inginkan manfaat hospital (bukan kos rawatan) untuk anak
Kelebihan yang di tawarkan di dalam pelan eTiQa Sarjana ini :
Manfaat anugerah intelek untuk keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan ini boleh digunakan sebagai motivasi anak-anak anda untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Antara sumbangan hadiah daripada Etiqa ialah :
UPSR 5A =RM 500
PMR 8A =RM 750
iSPM 8A =RM 1000
Manfaat anda sebagai pembayar ialah :
Sekiranya si pembayar (ayah&ibu) meninggal dunia atau hilang upaya kekal, pihak eTiQa Takaful Berhad akan meneruskan sumbangan hingga tempoh matang.
Oleh itu simpanan pendidikan untuk anak tetap terjamin. Bagi pihak penjaga atau anak tidak perlu membayar sumbangan.
Dengan pelan eTiQa Takaful Sarjana ini, simpanan pendidikan untuk anak akan lebih terjamin selain ada perlindungan untuk anak. Selain itu faedah lain menabung di eTiQa Takaful Berhad, sudah dipotong zakat dan di selenggara oleh Majlis Pengawasan Syariah. Selain itu ada jugak pelan simpanan untuk individual.
* pelan di atas adalah untuk umur kanak-kanak 2 tahun. manfaat akan berubah jika umur meningkat tetapi jumlah simpanan untuk 20 tahun adalah sama.
3. Pelan eTiQa Takaful PRIMA
Pelan ini khusus untuk anda seorang peniaga, business person, atau juga anda seorang yang berkemampuan kerana Etiqa Prima menyediakan peluang untuk anda melabur dan juga memberi perlindungan untuk anda
Ini kerana sumbangan anda selama setiap 3 tahun, anda akan diberikan bonus berkala dan dalam pada masa yang sama anda akan mendapat Protection,Saving dan Dana Pelaburan anda.
Dari bonus berkala tersebut kita boleh melabur semula untuk menggandakan wang kita dengan melabur di mana sektor perbankan yang menawarkan 10%-38% dsb yang sepertimana di ditawarkan oleh Public Mutual, CIMB, AMBANK, ASB, ASW 2020 dll.
Terdapat juga golongan ahli perniagaan atau peniaga kecil menggunakan bonus berkala ini adalah untuk menambahkan modal dalam perniagaan, pembelian aset seperti rumah,kedai, bangunan.
Sekiranya peserta itu membuat pelan Etiqa Prima ini dalam tempoh 30 tahun, so 10 kali peserta tersebut akan dapat bonus berkala.
Dengan Pelan eTiQa Takaful PRIMA anda mendapat Protection,Saving dan Dana Pelaburan anda. Kehidupan yang selesa jika anda bersara kelak.
4. Pelan eTiQa Takaful WARISAN
Untuk pelan Etiqa Warisan pula, ia berbentuk pelan jika anda bersara wajib kelak ketika umur anda selepas 55 tahun . Pelan ini agak menyerupai KWSP @ EPF. Dalam polisi pelan ini peserta sebagi peserta hanya membayar sumbangan sehingga umur anda mencecah 55 tahun sahaja. Akan tetapi perlindungan ini tadi akan berterusan sehingga umur 88 tahun.
Namun bagi peserta yang yang berumur lewat 50-an, anda perlu membayar sumbangan untuk pelan ini tambahan 5 tahun ke atas. Mungkin sehingga umur 60, 65 tahun.
Yang menariknya bagi saya sebagai orang ejen. Ramai tertarik dengan pelan ini kerana dalam polisi pelan ini, ramai peserta menjadikan ia sebagai dana pencen dengan mengambilnya 10% setiap tahun. Ada juga menjadikan pelan ini sebagai dana pendidikan, perniagaan ataupun untuk menunaikan Umrah dan Haji.
Untuk penyertaan mana - mana pelan eTiQa Takaful Berhad, boleh dikurangkan dalam pembayaran CUKAI PENDAPATAN(LHDN).
Justeru itu akaun simpanan anda boleh dikeluarkan selepas 3 tahun. Pengeluaran dibenarkan 50% pada tahun ketiga dan 80% pada tahun ke empat, boleh mengeluarkan dari jumlah simpanan pada setiap tahun TANPA dikenakan sebarang caj seperti mana insurans konvensional.
Tetapi peserta dinasihatkan supaya terus menyimpan supaya simpanan dihari persaraan makin tinggi. Sekiranya peserta mahu menamatkan polisi ataupun surrender, semua akaun simpanan akan dipulangkan kepada peserta.
Selain pada itu: ETIQA TAKAFUL BERHAD yang dahulunya Takaful Nasional sudah lama di dalam industri takaful adalah syarikat takaful NO 1.

Proposal
Contoh Proposal Mesra + Medic Save Rider
Umur Peserta : 25 tahun (Lelaki)
Bayaran : RM150 / bulan
Tempoh Bayaran : 30 tahun (sehingga umur 55 tahun)
Plan Etiqa Mesra (Bayaran : RM92.66)
• Perlindungan Asas : RM67,470 (Meninggal Dunia atau Lumpuh)
• Pulangan Matang (30 tahun) : RM54,914
• Manfaat Penyakit Kritikal (berkuatkuasa selepas 120 hari): RM10,000
• Manfaat Indemniti Akibat Kemalangan : RM10,000.00
Rider Medical Card-PLAN 5 (Bayaran : RM42.19)
• Manfaat Had Keseluruhan Tahunan : RM50,000
• Khairat Kematian : RM3,000
• Bilik Penginapan Hospital :RM150
• Yuran Laporan Perubatan :RM80
• Elaun Harian Tunai Bagi Hospital Kerajaan :RM80
• Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar :RM1,000
• Rawatan Kemalangan Kecemasan Pergigian :RM1,000
• Rawatan Kecemasan Kesakitan :RM50
• Rawatan Fisioterapi Bagi Pesakit Luar :RM1,000
• Rawatan Pesakit Luar Dialisis Buah Pinggang : RM48,000/tahun
• Rawatan Barah Pesakit Luar : RM48,000.00/tahun
• Pemindahan Organ (Had sepanjang hidup): RM30,000.00
Seperti Yang Dicaj
• Unit Penjagaan Rapi
• Yuran Pembedahan Termasuk Anesthetik & Bilik Pembedahan
• Bekalan & Perkhidmatan Hospital
• Lawatan Pakar Perubatan Dalaman
• Sebelum Kemasukan Ke Hosp./sebelum Pembedahan
• Perkhidmatan Pakar Perunding & Diagnosis
• Rawatan Sebelum Kemasukan Ke Hospital
• Pembedahan Pesakit Luar

Subscribe to:
Posts (Atom)