E-Filing 2009 kini dibuka untuk penghantaran.Rata-rata kebanyakan pekerja telah memperoleh EA Statement masing-masing.Panduan Pengguna E-filing ada disediakan disini.
Setakat yang saya tahu ada beberapa cara untuk kita mengurangkan Cukai Pendapatan. Antaranya ialah:
1. Zakat
Untuk lebih memudahkan anda, buat sahaja Potongan Cukai Bulanan. Dengan ini PCB (Potongan Cukai Berjadual) juga dapat dikurangkan.
2. Pendidikan Anak /Takaful Pendidikan
Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN). Ianya adalah satu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan oendidikan tinggi. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000.
3. Pembelian buku, majalah dan journal. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.
4. Bantuan kebajikan lain seperti MAKNA ( Program Direct Debit Makna, lebih mudah) ,MERCY dan banyak lagi yang pernah saya dengar seperti WHO dsb.
5. Fail cukai yang berasingan bagi yang dah berkahwin ( bukan untuk orang bujang)
Setiap individu layak utk pelepasan cukai sebanyak RM8000 setiap individu.
6. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.
7. Melanjutkan pelajaran postgraduate utk orang dewasa. Sila semak dengan LHDN sekiranya ia mempunyai bidang kritikal tertentu sahaja. Ini kerana Master of Mgt tidak dianggap kritikal dan tidak dapat pelepasan cukai. ( Pelik sgt..kata nak tingkatkan Pembangunan Modal Insan)
8. Pembelian barangan sukan
Pelepasan cukai maksimum RM300
9. Insuran hayat/takaful keluarga
Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF). ini tidak termasuk dgn takaful pendidikan. Sebaiknya kita pisahkan Takaful Pendidikan dan Insuran Hayat.
10. Bayaran perubatan utk ibu bapa
Bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.
11. Pembelian komputer setiap 3 tahun. Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun). Jadi, kalau ada anak saudara nak beli , boleh la kita belikan untuk mendapatkan resit. Tapi anak sedara bayar sendiri la melainkan anda nak hadiah.
12. Beli hartanah yang bernilai 250k dan ke bawah. Pelepasan cukai sebanyak RM2000 .
13. Buat Full Medical Check Up. Maksimum RM500.
Kongsikan pula pengalaman anda berkenaan Pelepasan Cukai ini! Saya mungkin kurang pengalaman lagi kerana baru nak masuk 2++ tahun bekerja. Yang sangat penting, kita simpan resit-resit pembelian dalam satu fail Cukai Pendapatan Peribadi
Rujukan lain dan kredit kepada:
Bajet 2008
Bicara Jutawan Forum
Huzaimy
E-Malabari