Assalamualaikum...
are you planning for long term investment?
Baru check latest ASB loan punya pakej from RHB. Interest dah rendah, so boleh untung banyak ler nanti! BLR -2% for 1st year, BLR - 1.25% onwards. Better than Maybank Islamic Financing.
Tip 1
-------
Kalau ada RM10,000 dalam ASB, amik 95% loan ASB dari RHB. RM190,000. Tahun pertama bayar RM1,203 selama 12 bulan. Lepas tuh, dapat dividen tiap tiap tahun. Tahun seterusnya patut bayar RM1,271, total setahun RM15,252.
Kalau dividen ASB 7% setahun (conservative), dividen RM14,000 setahun. Tinggal RM1,252 saja kena top-up setiap tahun, yang lain loan payment covered by dividen ASB je. RM1,252 bersamaan RM104.34 sebulan kena top-up.
Just imagine, bayar RM1,203 selama 12 bulan, lepas tuh, cuma RM104.34 sebulan selama 19 tahun, lepas 20 tahun, u ada RM200,000 dalam ASB milik mutlak untuk retirement u. Okaylah, invest pakai duit bank. Duit kita, invest tempat lain. hehehe :D
Tip 2
------
Kalau takde modal RM10,000 itu dan tak boleh bayar RM1,203 tahun pertama, cuba apply personal loan RM40,000 dari Bank Rakyat atau Bank Islam. Sebagai contoh, Bank Islam offer loan RM40,000 pada kadar 5.1% selama 10 tahun, bersamaan RM503.34 monthly. Government staff mudah dapat loan bank nih.
Gunakan RM10,000 dari personal loan untuk simpan dalam ASB. Mohon 95% loan ASB dari RHB. Tujuannya supaya loan mudah lulus, berbanding mohon 100% loan ASB. RM14,000 reservekan untuk bayar loan ASB 12 bulan pertama. Baki RM16,000 anda laburkan ke dalam GOLD untuk dapat profit lebih 10%. Gunakan teknik "Buy Low, Sell High" untuk GOLD investment di Public Bank. Cycle turun naik pricing gold lebih kurang every 2-3 bulan.
Dengan profit 10% setiap tahun, jumlah tersebut cukup untuk cover loan payment ASB tahun ke 2 dan seterusnya (ditambah dengan dividen ASB RM14,000 setahun).
So, untuk 10 tahun pertamanya, modal anda adalah RM503.34 sebulan. Lepas 20 tahun, collect RM200,000 dari ASB dan pelaburan dalam GOLD RM16,000. Berbanding ada cuba invest RM503.34 sebulan selama 10 tahun ke dalam ASB directly, anda TIDAK AKAN DAPAT DUIT RM200,000 plus RM16,000 dalam Gold Investment anda.
---------------------------------
Sebarang maklum balas, boleh emailkan kepada saya di etiqatakafulfamily@gmail.com.
Terima kasih
No comments:
Post a Comment